Album DescriptionAvailable in:
Rock 'N' Roll Pie ialah album studio keluaran kugiran rock Malaysia, Search sempena ulang tahun ke-15 penubuhannya pada tahun 1996. Dengan kumpulan Search sendiri sebagai penerbit, diiringi Anuar Dahalan dan Mohd Firhad sebagai penerbit eksekutif, album ini dianggotai oleh Amy sebagai penyanyi, Noordin Taib sebagai pemain gitar elektrik dan gitar akustik, Hamzah Mohd Taib sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad selaku pemain dram, diiringi oleh Celestino (papan nada) dan Eddie Marzuki (strings).
Proses pembikinan album ini melibatkan hasil ciptaan penulis lagu tempatan dan luar negara, termasuk Klaus Meine dan Rudolf Shenker dari kumpulan Scorpions dari Jerman, dan Bartje van Houten, Titiek van Houten dan Farid Harja dari Indonesia. Album ini dirakam di Digit Studio diikuti proses mastering di 301 Studio, Sydney, Australia.
User Album Review
None...
External Album Reviews
None...
User Comments
