Album DescriptionAvailable in:
Cinta Buatan Malaysia ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran Search sejak diasaskan pada tahun 1981. Album terbitan M. Nasir (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, Singapura, di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada tahun 1985.
Ketika ini, Amran Marsiman (Yan) dan Man Kidal dari kumpulan Lefthanded "dipinjam" ke dalam kumpulan Search semata-mata untuk merakam album sulung ini. Selain Yan (penyanyi, gitar bes) dan Man Kidal (gitar), kumpulan Search ketika ini dianggotai oleh Amy (penyanyi), Noordin Taib (gitar) dan Yazid (dram).
Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh the Kinks), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli. Dua buah lagu iaitu "Cinta Pertama" dan "Jiwa Jiwa Luka" adalah nyanyian Yan selainnya oleh Amy.
User Album Review
None...
External Album Reviews
None...
User Comments
